Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

291  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0526.
Diceritakan dari Ibnu Umar r.a., bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang solat malam. Jawab Rasulullah saw.: "solat malam dua-dua rakaat; sekiranya kamu khuatir Subuh datang, solatlah satu rakaat untuk witir (mengganjilkan) solat yang telah kamu kerjakan."

292  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0535.
Mahmud bin Ghailan meneeritakan kepada kami, Abu Daud Ath-Thayalisi memberitahukan kepada kami, Syu'bah mengkhabarkan kepada kami (yang berasal) dan 'Adi bin Tsabit dirnana ia berkata: "Saya mendengar Sa'id bin Jubair membicarakan tentang Ibnu 'Abbas bahawasanya Nabi s.a.w. keluar pada hari raya Fithrah kemudian solat dua rakaat, lalu tidak mengerjakan solat sebelum maupun sesudahnya." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Abdullah bin 'Amr dan Abu Sa'id. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ibnu 'Abbas ini adalah hadis hasan sahih. Pelaksanaan tentang kandungan hadis ini disepakati oleh sebahagian ulamak di kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan yang lain. Demikian juga Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq mempunyai pendapat yang sama. Akan tetapi ada sekelompok ulamak dari kalangan sahabat Nabi dan yang lain yang berpendapat adanya solat sesudah dan sebelum solat hari raya. Namun pendapat pertama itulah yang lebih kuat."

293  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0225.
Riwayat dari Anas bin Malik: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. jatuh dari kuda sehingga luka betis dan bahunya. Beliau berjanji tidak akan pulang kepada isteri beliau selama sebulan. Beliau tinggal di bilik loteng yang diberi tangga dengan batang kurma. Maka datanglah para sahabat mengunjungi beliau. Nabi solat bersama-sama dengan mereka sambil duduk, sedangkan mereka solat berdiri. Setelah Nabi memberi salam, beliau bersabda, "Imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia takbir, takbirlah kamu. Dan apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. Apabila dia sujud, sujudlah kamu. Dan apabila dia solat dengan berdiri, solat pulalah kamu dengan berdiri." Setelah hari yang kedua puluh sembilan, Nabi saw. turun dari bilik loteng itu. Lalu para sahabat berkata : Ya, Rasulullah! Bukanlah anda berjanji tidak akan pulang selama sebulan?" Jawab Nabi, "Bulan ini hanya dua puluh sembilan hari.

294  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0527.
Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. solat Zohor lima rakaat. Setelah selesai solat ditanyakan orang kepada beliau, "Apakah rakaat solat bertambah, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Mengapa begitu tanya anda?" Jawab mereka, "Anda solat lima rakaat!" Lalu Nabi saw. sujud dua kali.

295  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0507.
Berita dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu hari ketika perang Khandaq, Umar datang mencaci maki kafir Quraisy, dan berkata: "Ya, Rasulullah! Saya belum solat Asar. Sedangkan matahari telah hampir terbenam." Jawab Nabi, "Demi Allah! Aku juga belum solat." Lalu beliau pergi ke Buthan, mengambil wuduk dan solat Asar ketika matahari telah terbenam. Sesudah itu beliau langsung solat Maghrib."

296  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0523.
Nashr bin 'Ali, Sa'id 'Abdur Rahman dan Qhairu Wahid menceritakan kepada kami, dimana mereka berkata: "Sufyan bin 'Uyainah menceritakan kepada kami (yang berasal) dari Az-Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. dimana beliau bersabda: "Barangsiapa yang mendapatkan satu rakaat daripada solat (Jumaat) maka ia telah mendapatkan solat (Jumaat) itu." Abu 'Isa berkata: "hadis ini adalah hadis hasan sahih. Pelaksanaan tentang kandungan hadis ini disetujui oleh majoriti ulamak di kalangan sahabat Nabi dan yang lain dimana mereka berkata: "Barangsiapa yang mendapatkan satu rakaat dari solat Jumaat maka ia mengerjakan satu rakaat lagi untuk menyelesaikan solat itu, dan barangsiapa yang mendapatkan mereka dalam keadaan duduk maka ia mengerjakan empat rakaat." Sufyan Ats-Tsauri, Ibnul Mubarak, Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq berpendapat seperti itu.

297  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0625.
Diceritakan oleh Nafi', bahawa sesungguhnya Ibnu Umar r.a. tidak pernah melakukan solat dhuha, melainkan hanya dua kali. Yaitu: 1. Ketika beliau tiba di Mekah, kerana beliau tiba pada waktu dhuha. Lalu beliau tawaf, kemudian solat dua rakaat di belakang Maqam (Ibrahim). 2. Pada hari beliau mengunjungi Masjid Quba. Biasanya beliau berkunjung ke sana setiap hari Sabtu. Setiba di situ beliau terus masuk ke masjid dan solat dua rakaat sesudah itu beliau keluar. Nafi' menambahkan, bahawa Ibnu Umar bercerita: "Sesungguhnya Nabi saw. mengunjungi masjid Quba itu kadang-kadang dengan menunggang kuda dan kadang-kadang berjalan kaki. Kata "Nafi pula meneruskan, Ibnu Umar berkata. "Sesungguhnya aku hanya berbuat sebagaimana yang pernah kulihat sahabat-sahabatku memperbuatnya. Dan aku tidak melarang orang untuk mengerjakan solat bila saja ia kehendaki. malam atau pun siang, asal saja jangan disengaja melakukannya pada waktu matahari terbit atau terbenam."

298  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0703.
Dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Uqaily r.a., katanya mereka bertanya kepada Aisyah r.a. tentang solat (sunat malam) Rasulullah saw. Jawab 'Aisyah r.a., "Kadang-kadang beliau solat berdiri dan kadang-kadang duduk. Apabila beliau memulai solat dengan berdiri maka beliau rukuk sambil berdiri pula. Dan apabila beliau memulai solat sambil duduk, maka beliau rukuk sambil duduk pula."

299  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0480.
Ahmad bin Muhammad bin Musa menceritakan kepada kami, Abdullah bin Mubaarak memberitahukan kepada kami, Ikrimah bin Ammar memberitahukan kepada kami, Ishaq bin Abdullah bin Abu Thalhah menceritakan kepada kami dari Anas bin Malik: "Bahawasanya Ummi Sulaim pergi di waktu pagi kepada Nabi saw ia berkata: "Ajarkanlah kalimat yang akan aku ucapkan di dalam solat ku." Maka Nabi bersabda: "Bertakbirlah kepada Allah sepuluh kali, bertasbihlah kepada Allah sepuluh kali dan bertahmidlah (membaca Alhamdulillah) sepuluh kalli, kemudian mintalah kepada Allah sekehendak mu". Maka Allah akan menjawab: "Ya, Ya, (Aku kabulkan permintaan mu)." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Abdullah bin Amr, Fadhl bin Abbas dan Abu Rafi'. Abu Isa berkata: "Hadis Anas adalah hadis hasan sahih ". Telah diriwayatkan dari Nabi saw beberapa hadis tentang solat tasbih, tetapi kebanyakkan riwayat mereka tidak sah. Ibnu Mubarak dan rawi lainnya dari ahli ilmu telah meriwayatkan hadis tentang solat tasbih dan mereka menyebutkan keutamaan solat tasbih ini.

300  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0555.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Hatim bin Isma'il memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Hisyam bin Ishaq yaitu putra 'Abdullah bin Kinanah dari ayahnya dimana dia berkata: "AlWalid bin 'Uqbah yang Gabenur Madinah mengutus saya kepada Ibnu 'Abbas untuk menanyakan kepadanya tentang cara Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat istisqa', kemudian saya datang kepadanya dan ia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. keluar rumah dengan mengenakan pakaian yang lusuh, merendahkan diri, menundukkan diri sampai beliau mendatangi tempat solat, namun beliau tidak berkhutbah seperti khutbahmu ini, akan tetapi beliau terus menerus berdoa, merendahkan diri dan bertakbir. Beliau mengerjakan solat dua rakaat sebagaimana beliau mengerjakan solat pada hari raya". Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih."